Salam sejahtera para pembaca yang tidak wujud. Oh, anda wujud? Tapi mungkin anda tidak pernah membaca pos blog saya hingga ke akhir kata... anda pernah? Sungguh mengharukan sekali. Ini merupakan pos terakhir saya karena kelas Bahasa Indonesia saya sudah sampai ke penghujungnya. Semua perkara, apakah baik atau buruk harus ada penghujungnya, oleh itu saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membaca atau memberi komentar pada blog ini.
OK, kita terus ke agenda utama, tempat yang saya ingin kunjung. Sesungguhnya saya tidak begitu berminat dengan pariwisata. Saya malas untuk berwisata dan membuat perancangan untuk berwisata. Tetapi saya ada juga sedikit minat terhadap berberapa tempat. Saya hanya akan menulis satu dalam pos ini.
Jepang.
Mengapa Jepang?
Pertama sekali saya sangat tertarik dengan perkara yang berkaitan dengan Jepang. Budaya, teknologi, dan juga margasatwanya. Minat saya terhadap Jepang muncul akibat pendedahan saya kepada komik Jepang atau "manga". Jepang juga mempunyai banyak perkara yang menarik berasal di sana. Antaranya cosplay, ciptaan barang-barang yang pelik, makanan yang mempunyai perisa yang luar biasa. Apakah yang saya maksudkan dengan makan yang mempunyai perisa luar biasa..? Saksikanlah:
Ais krim perisa daging |
Hanya di Jepang |
Namun saya bukan sahaja ingin berkunjung ke Jepang karena orang di Jepang berperanagi pelik, saya juga tertarik dengan keindahan Jepang. Jepang bukan sahaja mempunyai tempat yang cantik, malah secara keseluruhannya bandar-bandar di Jepang sangat kemas.
Margasatwa mereka juga menarik. Di Jepang terdapat " Japanese Crane", sejenis burung yang ikonik dengan imej Jepang. Saya juga tertarik pada makhluk lain di Jepang yang agak berbahaya iaitu " Suzumebachi" atau " Japanese Giant Hornet". Makhluk ini paling banyak membunuh orang daripada semua makhluk lain di Jepang. Dan juga saya ingin melihat "Japanese Macaque", sejenis monyet di Jepang, bermandi di kolam air panas pada musim sejuk.
Besarnya!!!! |
Selesanya di kolam air panas.... |
Kedua, duit. Kos hidup di Jepang sangat tinggi, bukan sahaja di Tokyo malah di kawasan desa. Menagpa kos hidup di sana tinggi? Saya tidak pasti, tetapi saya bikin ia merupakan hasil gabungan nilai mata wang mereka (Yen) yang tinggi dan harga barang di san yang juga tinggi.
Ada banyak lagi perkara yang saya ingin lakukan di Jepang selain yang apa say telah tulis. Saya bukan sahaja ingin berkunjung ke Jepang, malah menjelajahnya. Untuk berbuat begitu, mungkin saya harus tinggal di Jepang ( tidak mungkin). Itu sahaja tulisan saya kali ini. Sayonara.
Berikut merupakan URL bagi setiap imej yang saya paparkan pada post ini (mengikut turutan):
http://www.toptenz.net/wp-content/uploads/2010/05/meat-ice-cream.png
http://www.toptenz.net/wp-content/uploads/2010/05/crazy-pepsi-flavors.jpg
http://students.cis.uab.edu/brennab/brennab/FINAL_PROJECT/Japan_Beautiful.jpg
http://www.timeout.jp/data/files/00/00/00/00/00/98/3cf35511dd1b3d2cf67d7f9a6a1951b44c96498a_tn482x298.jpeg
http://gallery.photo.net/photo/1709110-md.jpg
http://beforeitsnews.com/ckfinder/userfiles/0000000000005477/images/japhorn3(1).jpg
http://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/01554/bliss-group_1554996i.jpg