Monday, November 12, 2012

Grhhh!.....Kruget-kruget

Ya, sudah 2 minggu saya tidak menulis... tetapi rasanya seperti baru kemarin saya menulis pos saya yang lalu. Ya, masa berlalu tanpa menunggu sesiapa. Minta maaf karena saya terlupa menulis..... OK sekarang kita terus ke tajuk utama

Otak ... lezat
Topik yang saya ingin sentuh secara ringkas adalah kesan tekanan yang datang dari bekerja di kantor... bukan. Zombi. Saya bikin semua yang membaca sudah mengetahui apa itu zombi. Kepada anda yang tidak pernah mendengar kata ini, saya merasa kasihan bagi anda. Apapun saya tetap akan memberi definisinya. Zombi merupakan mayat yang masih bergerak.

Zombi merupakan makhluk yang seringkali muncul dalam media. Terdapat rancangan di TV, filem, permainan video, malah muzik yang berkisar zombi. Samada mereka bangkit melalui cara supranatural atau dijangkiti virus, semuanya menakutkan. Apa yang begitu menakutkan tentang zombi, selain rupanya..? Pertama, mereka memakan manusia, dan kedua mereka mampu menukar manusia menjadi zombi yang baru ( dalam majoriti media merka mempunyai kebolehan ini..). Hasilnya, sebanyak mana pun kita membunuh zombi, akhirnya kebanyakan orang akan menjadi zombi dan hanya tinggal sedikit sahaja orang yang selamat.......setidaknya di media.

Benar, zombi tidak wujud (lagi), tetapi ini tidak menghalang orang dari menjadikannya sebagai satu hobi atau obsesi. Malah ada yang seolah-olah menanti tibanya kemunculan zombi dengan melengkapi diri dengan kit melawan zombi seperti ini:


ヽ(ー_ー )ノ.... Sepertinya mereka mempunyai terlampau banyak masa lapang untuk mencipta peralatan untuk menghadapi ancaman khayali. Mengapakah wujudnya minat terhadap apokalips zombi..? Adakah mereka begitu tidak puas hati terhadap situasi kerajaan kini, lalu mengharapkan bencana ini untuk menjatuhkannya..? Atau mereka bosan dengan hidup mereka lalu inginkan sedikit kelainan dari kehidupan normal..? Saya tidak tahu, tetapi apa yang saya tahu terdapat situasi dimana fenomena seakan zombi wujud di alam.


Setakat ini sahaja yang saya tulis untuk pos ini.... Moga kita bertemu lagi di pos berikutnya...

Berikut merupakan URL bagi setiap imej yang saya paparkan pada post ini (mengikut turutan):